KEMUDAHAN SURAU

Ruang solat yang boleh memuatkan sehingga 300 orang jemaah     Bilik pejabat - bagi sebarang urusan anak qaryah seperti urusan khairat kematian Bilik jenazah Ruang wuduk bagi muslimin dan muslimat Bilik air bagi muslimin dan muslimat Ruang aktiviti kemasyarakatan – kelas tahsin al-Quran, bermain ping pong

AKTIVITI-AKTIVITI SURAU

Pada peringkat awal, surau ini adalah bukan surau Jumaat yang mana ia mempunyai bantuan khas. Walau bagaimanapun, pihak surau mendapat sokongan daripada anak kariah yang memberi sumbangan kepada surau, jadi banyak aktiviti atau program yang telah berjaya diadakan di Surau Nur Idaman ini. Antara program terbesar yang pernah dianjurkan oleh pihak surau ialah: CERAMAH PERDANA [...]

PENGURUSAN SURAU NUR IDAMAN

Di awal penubuhan surau ini, seramai 12 orang ahli jawatankuasa telah dilantik di kalangan ahli kariah. Bermula tahun 2017 pihak pejabat agama Islam telah mengubah cara pemilihan bagi jawatan Pegawai Khas seperti Pengerusi, Imam, Muazzin dan Siak yang mana empat jawatan Pegawai Khas ini tidak boleh dilantik dan tetapi boleh dicalonkan dan dilantik oleh pihak [...]

VISI & MISI

VISI Berusaha mencapai sebagai sebuah surau bestari untuk semua anak kariah. MISI Memastikan bahawa seluruh anak kariah mendapat tempat serta boleh hadir untuk setiap aktiviti yang dijalankan. Memastikan surau sebagai tempat kesatuan dan perpaduan ummah. Memastikan surau sebagai tempat untuk bertaut hubungan sesama anak kariah.  

SEJARAH PENUBUHAN SURAU

Surau Nur Idaman terletak di Seksyen 5, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Pada awalnya surau ini dibina dan direka strukturnya oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bersama dengan dua buah blok apartment Nur Idaman itu sendiri iaitu blok A dan B di kawasan tersebut. Kemudian, pada tanggal 29 Mac 2007, surau tersebut telah diserahkan kepada [...]